Istiadat pemasyhuran Tuanku Muhriz

Kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan memutuskan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar. Kemudian tembakan meriam 32 das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak menyampaikan persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad membacakan doa kesyukuran.[1]

Baginda hadir dalam Istiadat Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar di Istana Besar Seri Menanti ke Maharaja Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.